Program Pembangunan Tukun Tiruan di Negeri Sarawak
Tukun tiruan adalah merupakan satu struktur bahan binaan manusia yang terletak di dalam air. Lazimnya struktur ini dibina bagi tujuan menambahkan kepadatan sumber perikanan setempat. Selepas satu tempoh, tukun tiruan akan berubah menjadi suatu habitat yang sesuai untuk perlindungan, pembiakan dan tempat mencari makanan kepada sebahagian besar spesies ikan dan habibat pelbagai jenis flora dan fauna yang lain. Contoh-contoh tukun tiruan yang terdapat di Malaysia adalah seperti tukun tayar, tukun pelantar minyak yang terletak di Shiwa Miri, kapal-kapal atau bot-bot yang ditenggelamkan, tukun yang dibuat daripada PVC, tukun tetrapod, tukun udang karang, tukun sotong, tukun dasar lembut, tukun rekreasi dan tukun penghalang pukat tunda.
Bagi tukun tiruan di negeri Sarawak, sejarah pembinaan tukun telah dimulakan sejak 1984 oleh Jabatan Perikanan Laut.Pembinaan tukun tiruan ini dimulakan dengan mengumpulkan tayar-tayar terbuang, menebuk, mengikat dan menyusun tayar-tayar tersebut di dasar laut perairan negeri Sarawak.
OBJEKTIF
Antara objektif utama Projek Pembangunan Tukun Tiruan Negeri Sarawak adalah:
1. Dijadikan sebagai penghalang kepada pencerobohan pukat tunda.
2. Membaikpulih atau menghasilkan satu habitat baru bagi ikan demersal yang musnah disebabkan oleh pencerobohan pukat tunda.
3. Meningkat sumber perikanan persisir pantai
4. Mewujudkan kawasan habitat baru.
5. Meningkatkan ekonomi nelayan pantai
6. Menyokong pembangunan perikanan rekreasi.
SEJARAH DAN JENIS-JENIS TUKUN TIRUAN YANG TERDAPAT DI NEGERI SARAWAK
Jabatan Perikanan Laut Sarawak telah menyedari masalah pencerobohan pukat tunda sejak tahun 70an lagi. Sehubungan dengan perkara tersebut, Jabatan Perikanan Laut Sarawak telah meletak berbagai-bagai jenis tukun tiruan dalam pelbagai rekabentuk di sepanjang pantai negeri Sarawak. Antaranya adalah tukun tayar, tukun bebola, tukun kapal (hasil dari kapal asing yang dirampas), tukun dasar lembut, tukun rekreasi, tukun kuboid, tukun penghalang pukat tunda dan tukun pelantar minyak. Sarawak merupakan negeri pertama di Malaysia yang mempunyai tukun tiruan pelantar minyak yang diberikan secara percuma oleh Syarikat Petronas.
KAJIAN PEMILIHAN TAPAK TUKUN TIRUAN
Kajian pemilihan tapak tukun telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perikanan Bintawa (FRI), Bahagian Sarawak dan Labuan, di kawasan antara 5 - 10 batu nautika daripada pantai Negeri Sarawak. Daripada kajian tersebut kebanyakan kawasan adalah jenis berlumpur dan berpasir. Antara sebahagian tukun yang telah dilabuh oleh Jabatan Perikanan Laut Sarawak dan rekabentuk serta butirannya adalah seperti berikut :-
Jenis Tukun : Tukun Tiruan Tayar Berat Seunit : 150 kilogram Kedalaman air dilabuh : 16 - 20 meter Jumlah dilabuh sehingga sekarang : 195,641 unit Kawasan : 8 Tapak |
Jenis Tukun : Tukun Bot Rampasan Kedalaman air dilabuh : 16 - 20 meter Jumlah dilabuh sehingga sekarang : 155 unit Kawasan : 6 Tapak |
Jenis Tukun : Tukun Bebola Saiz : 6’ (L) x 3.8’ (T) Berat Seunit : 1.8 tan Kedalaman air dilabuh : 20 meter Jumlah dilabuh sehingga sekarang : 3,504 unit Kawasan : 9 Tapak |
Jenis Tukun : Tukun Jenis Kuboid Saiz : 2.5m (L) x 2.5m (P) x 2.5m (T) Berat Seunit : 18 tan Kedalaman air dilabuh : 25 meter Jumlah dilabuh sehingga sekarang :30 unit
|
Jenis Tukun : Tukun Dasar Lembut Saiz : 3.45m (L)x 3.45m (P)x 2.5m (T) Berat Seunit : 28 tan Kedalaman air dilabuh : 15 meter Jumlah dilabuh sehingga sekarang : 100 unit |
Jenis Tukun : Tukun Rekreasi Saiz : 1.8m (L) x 1.85m (T) Berat Seunit : 8 tan Kedalaman air dilabuh : 20 meter Jumlah dilabuh sehingga sekarang :232 unit |
Jenis Tukun : Tukun Dasar Lembut ( Penghalang Pukat ) Saiz : 3.45m (L)x 3.45m (P)x 3.725m (T) Berat Seunit : 30 tan Kedalaman air dilabuh : 20 - 25 meter Jumlah dilabuh sehingga sekarang : 30 unit |
Kemaskini pada 2018-07-05 00:58:45 daripada Farhan