PROJEK GALANGAN ATAU ‘MINI-SLIPWAY’ UNTUK KEGUNAAN NELAYAN
Negeri Sarawak yang luas dianggarkan mempunyai sebanyak 213 kampung nelayan di seluruh kawasan persisiran pantai. Vesel adalah merupakan nadi utama bagi nelayan ke laut bagi mencari sumber rezeki. Oleh itu, kemudahan bagi penyelenggaraan adalah penting bagi memastikan kesinambungan pengoperasian vesel. Kemudahan yang dimaksudkan adalah merangkumi galangan, iaitu Mini Slipway.
Galangan atau slipway ini digunakan untuk membolehkan nelayan menjalankan proses penyelenggaraan kapal dengan mudah dan lancar. Kemudahan ini juga disediakan oleh Jabatan Perikanan kepada nelayan supaya kerja-kerja penyelenggaran dapat dijalankan di peringkat kampung yang operasinya hanya memerlukan faktor pasang surut dan tanpa perlu dibawa ke shipyard yang memerlukan kos yang tinggi.
Contoh gambar penyelenggaran bot tanpa galangan atau mini-slipway.
Kemudahan mini-slipway yang membantu nelayan menyelenggara kapal dengan teratur
PROJEK TAMBATAN UNTUK VESEL NELAYAN
Memandangkan sungai-sungai di Sarawak luas dan arusnya deras terutamanya pada waktu hujan lebat dan air pasang tinggi, maka pihak nelayan di kawasan ini akan mengalami kesukaran untuk menambat vesel. Tambatan vessel ini digunakan untuk nelayan meletakkan vessel selepas memunggah hasil tangkapan di jeti-jeti pendaratan ikan. Dengan adanya tambatan ini juga, pihak nelayan dapat menambat bot untuk mengelak dari vessel dibawa arus yang kuat.
Kemudahan penambatan vesel yang lebih kukuh dapat menjaminkan keselamatan vesel-vesel yang ditambat. Para nelayan tidak lagi menggunakan pancang kayu yang mana ianya mudah rosak dan reput. Kemudahan ini dapat menguntungkan para nelayan dari segi masa yang digunakan untuk menjaga vesel dan program aktiviti penangkapan ikan dapat diatur dengan lebih berkesan lagi.
Kemaskini pada 2016-10-11 18:38:48 daripada