Pusat Biosekuriti Perikanan Wilayah Sarawak (PBPS)
Pusat Biosekuriti Perikanan Wilayah Sarawak, Bintawa merupakan makmal rasmi di bawah Jabatan Perikanan Malaysia dan menjalankan program analisis rasmi Jabatan serta memberi perkhidmatan analisa yang meliputi kesihatan awam dan kesihatan ikan untuk industri akuakultur dan perikanan tangkapan.
Antara perkhidmatan analisa yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- Makmal Residu Drug Veterinar
- Chloramphenicol (CAP)
- Nitrofurans (NF)
- Malachite Green (MG)
- Melamin (MLN)
- Makmal Residu Pestisid
- Polychlorinated biphenyls (PCB)
- Makmal Kesegaran Ikan
- Histamin
- Makmal Biotoksin
- Paralytic Shellfish Poisoning (PSP)
- Makmal Logam Berat
- Mercury
- Plumbum
- Cadmium
- Arsenic
- Chromium
- Makmal Virologi
- White Spot Syndrome Virus (WSSV)
- Taura Syndrome Virus (TSV)
- Yellow Head Virus (YHV)
- Infectious Hypodermal and Hematopoietic Virus (IHHNV)
- Infectious Myonecrosis Virus (IMNV)
- Makmal Mikrobiologi
- Enterobacteriaceae
- Vibrio spp.
- Salmonella spp.
- E.coli & Coliform
- Total Bacteria
- Total Mould
- Makmal Kualiti air dan Parasitologi
- Pengesanan ektoparasit dan endoparasit
- Analisis kualiti air seperti: pH, Total Suspended Solid (TSS), Nitrate & Nitrite, Phosphorus, Ammonia
- Makmal HALAL
- Pengesanan DNA khinzir bagi hasilan ikan dan makanan ikan.
Akreditasi MS ISO/IEC 17025:2005 di Pusat Biosekuriti Perikanan Wilayah Sarawak, Bintawa
Pusat Biosekuriti Perikanan Wilayah Sarawak secara rasminya telah dianugerahkan akreditasi MS ISO/IEC 17025:2005 oleh Jabatan Standard Malaysia pada 2 April 2014 untuk Makmal Virologi bagi parameter Taura Syndrome Virus (TSV) dan Yellow Head Virus (YHV)
Fungsi dan Objektif Akreditasi MS ISO/IEC 17025:2005 adalah seperti berikut :
- Menjadikan analisis yang dijalankan di makmal menepati dengan standard yang diiktiraf di seluruh dunia mengikut standard yang telah ditetapkan dalam klausa-klausa MS ISO/IEC 17025:2005.
- Keputusan analisis yang dikeluarkan di makmal berkualiti tinggi dan diiktiraf di dalam negara dan di seluruh dunia dengan penilaian dari segi:
- Kakitangan makmal yang mempunyai kemahiran teknikal dan cekap bagi menjalankan analisis yang berkaitan.
- Kaedah analisis yang telah disahkan (validated).
- Kalibrasi dan penyelenggaraan peralatan makmal.
- Traceability of measurements.
- Jaminan kualiti terhadap ujian laporan yang dihasilkan.
Aktiviti – aktiviti yang terlibat dalam pengiktirafan akreditasi MS ISO/IEC 17025:2005 melibatkan:
|
Aktiviti |
Pihak yang terlibat |
- |
Audit Dalaman |
|
- |
Audit Luaran |
|
- |
Management Review Meeting |
|
GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI DI PUSAT BIOSEKURITI PERIKANAN WILAYAH SARAWAK
Kemaskini pada 2016-10-11 18:38:31 daripada