Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
BAHASA MALAYSIA | ENGLISH

Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Laut Sarawak

Sarawak-EAFM

[Go Back]

PELAN PENGURUSAN PERIKANAN MELALUI PENDEKATAN EKOSISTEM (ECOSYSTEM APPROACH TO FISHERIES MANAGEMENT – EAFM) LAWAS, SARAWAK

OBJEKTIF

Pelan ini mempunyai tiga objektif utama iaitu:

Ekologi

Mengurus dan memulihara sumber perikanan secara mapan

 

Tadbir Urus

Menjalinkan kerjasama yang holistik diantara pihak yang berkepentingan di Lawas

 

Manusia

Mewujudkan keadaan yang harmoni dan selamat untuk aktiviti yang berkaitan dengan industri perikanan di Lawas

 

Program Konsultasi Bersama Pihak Berkepentingan Bagi Pengurusan Perikanan Melalui Pendekatan Ekosistem (Ecosystem Approach to Fisheries Management - EAFM), Lawas, Sarawak dianjurkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perikanan Sabah. Program ini dihadiri oleh wakil dari pelbagai jabatan/agensi, universiti, badan bukan kerajaan (NGO) dan Komuniti Ekosistem Perikanan (KEP) di daerah Lawas

Lawas telah dipilih sebagai perintis untuk merealisasikan pelaksanaan EAFM di peringkat negeri Sarawak. Ini adalah susulan daripada lawatan Ketua Pengarah Perikanan ke Lawas pada bulan April 2013, beliau amat tertarik dengan minat dan keperihatian komuniti nelayan Lawas yang telah mempunyai inisiatif untuk menjalankan aktiviti-aktiviti ke arah melindungi ekosistem. Justeru itu, beliau telah menyarankan supaya satu Jawatankuasa EAFM yang terdiri daripada pihak yang berkepentingan iaitu wakil komuniti, jabatan/agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) dibentuk. Maka, komitmen terhadap pelaksanaan EAFM ini diteruskan dengan penubuhan Jawatankuasa Ekosistem Perikanan Lawas pada 13 Jun 2013. 

 

GAMBAR SEMASA PROGRAM KONSULTASI BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN BAGI PENGURUSAN PERIKANAN MELALUI PENDEKATAN EKOSISTEM (ECOSYSTEM APPROACH TO FISHERIES MANAGEMENT-EAFM) LAWAS, SARAWAK

11 NOVEMBER 2013

HOTEL SERI MALAYSIA, LAWAS

 

19 NOVEMBER 2014

HOTEL THE PALACE, KOTA KINABALU, SABAH

15-16 JUN 2015

HOTEL SERI MALAYSIA, LAWAS


Kemaskini pada 2016-10-11 18:38:09 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page