Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
BAHASA MALAYSIA | ENGLISH

Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Laut Sarawak

Sektor Perikanan Tangkapan

Negeri Sarawak mempunyai keluasan perairan Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) yang terbesar di Malaysia iaitu lebih kurang 160,000 kilometer persegi. Kajian mendapati bahawa masih terdapat banyak sumber ikan di perairan laut dalam Sarawak yang berpotensi untuk diterokai terutamanya ikan dalam kategori pelagik kecil. Walau bagaimanapun, penerokaan untuk sumber ikan jenis demersal telah mencapai tahap yang optimum.

 

Pada masa kini, jumlah vesel laut dalam yang berlesen di negeri Sarawak adalah sebanyak 291 unit yang mana 221 buah adalah vesel pukat tunda, 34 buah vesel pukat jerut, 31 buah vesel rawai, 1 buah vesel pancing, 3 buah vesel bubu dan 1 buah vesel pukat tangguk. Jumlah vesel yang menggunakan peralatan jerut serta rawai adalah masih amat rendah dan hanya berkeupayaan mendaratkan ikan  Jumlah pendaratan ikan dari vesel-vesel laut dalam di negeri Sarawak pada tahun 2013 adalah sebanyak 46,777.60 tan metrik dengan anggaran nilai RM107.3 juta.

Jumlah biomass sumber ikan di perairan negeri Sarawak adalah berjumlah 1,273,081 tan metrik dengan potensi tangkapan (“potential yield”) sebanyak 582,809 tan metrik. Daripada jumlah tersebut, sumber ikan yang masih mempunyai potensi besar untuk diterokai adalah ikan pelagik kecil yang boleh ditangkap menggunakan peralatan pukat jerut serta ikan kawasan terumbu dan berbatu yang boleh ditangkap menggunakan rawai yang mana mempunyai potensi tangkapan (“potential yield”) sebanyak 340,013 tan metrik dan 38,667 tan metrik masing-masing. Walau bagaimanapun, bilangan vesel laut dalam yang mengusahakan peralatan pukat jerut dan rawai di negeri Sarawak adalah masih kurang dengan anggaran keupayaan pendaratan maksimum sebanyak 11,900 tan metrik untuk pukat jerut dan 3,100 tan metrik untuk rawai.


Kemaskini pada 2018-05-04 11:37:31 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page