Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
BAHASA MALAYSIA | ENGLISH

Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Laut Sarawak

Sektor Akuakultur

Akuakultur

Di negeri Sarawak terdapat banyak kawasan pantai dan darat yang sesuai untuk berbagai-bagai projek akuakultur masih belum diterokai.  Oleh sebab akuakultur merupakan industri yang masih berkembang di negeri ini, kerajaan perlu memainkan peranan utama untuk menggalakkan penyertaan golongan sasaran terutama sekali nelayan dan juga pelabur-pelabur luar ke dalam perusahaan akuakultur.  Salah satu aspek yang kekurangan ialah petunjuk mengenai kawasan yang sesuai bagi akuakultur.  Kesesuaian tapak dan sistem akuakultur hendaklah ditentukan dengan tepat terlebih dahulu bagi menggalakkan lebih penyertaan.

Jabatan juga memainkan peranan dalam mengenalpasti projet kemudahan infrastruktur kepada projek-projek akuakultur yang telah dikenalpasti juga perlu dibuat supaya kemudahan ini dapat dinikmati oleh para penternak samada persendirian dan berkelompok. Perlaksanaan projek dan program ini akan membantu para penternak dan pengusaha bagi terus membangunkan industri akuakultur secara teratur dan berlestari dan seterusnya meningkatkan produktiviti pengeluaran ikan Negara. Mengadakan kemudahan infrastruktur dan bantuan peralatan akuakultur kepada para penternak dan pengusaha yang melaksanakan projek-projek akuakultur yang dikenalpasti di Sarawak untuk membantu mencapai sasaran pengeluaran ikan negara dari subsektor akuakultur.

 

IKAN HIASAN

Negara kita berada di kedudukan yang kedua sebagai negara pengeluar ikan hiasan dunia selepas negara Singapura. Pada tahun 2011, sebanyak 448 juta ikan dengan nilai lebih RM200 juta telah diekport dari negara kita. Lebih dari 200 spesis telah dikenalpasti berpotensi untuk dipasarkan. Sasaran pengeluaran dalam Rancangan Malaysia Ke-10 ialah sebanyak 1,516 juta ekor dengan nilai RM568.5 juta. Industri ikan hiasan juga telah dikenalpasti sebagai projek berimpak tinggi (HIP) oleh pihak kementerian. Negeri Sarawak yang kaya dengan hidupan flora dan faunanya mempunyai pelbagai-bagai jenis ikan yang berpotensi untuk dimajukan sebagai ikan hiasan. Terdapat beberapa spesies yang telah dikenalpasti berpotensi untuk dimajukan seperti Arowana (Scleropages formosus), Betta spp., Gastromyzon spp. dan beberapa spesies indigenous yang tidak terdapat di tempat lain.

Terdapat beberapa spesies ikan hiasan bernilai tinggi yang dikeluarkan di Malaysia dan salah satu dari nya yang bernilai tinggi adalah ikan kelisa atau lebih dikenali sebagai ‘arowana’.  Terdapat pelbagai varieti arowana yang dikeluarkan tetapi yang paling tinggi nilainya adalah dari jenis emas yang berasal dari Bukit Merah, Perak. Namun di Negeri Perak juga ada mengeluarkan arowana dari jenis merah yang berasal dari Kapuas, Kalimantan. Memandangkan keadaan iklim dan cuaca semulajadinya yang lebih kurang sama dengan di Sarawak, beberapa buah syarikat swasta mula giat mengusahakan ternakan mengeluarkan benih ikan arowana dari jenis merah ini di Sarawak. Ini juga didorong oleh kerjasama yang lebih mudah dengan pihak pengusaha ikan ini dari Kalimantan, Indonesia kerana jaraknya yang lebih dekat.

 

Ikan Betta macrostoma atau ‘Brunei beauty’ juga adalah spesies ‘native’ di Sarawak yang digemari oleh para penggemar ikan yang lebih kecil. Ikan ini masih boleh dijumpai hidup liar di bahagian pendalaman Sarawak dan selalu mendapat permintaan yang tinggi dari pengusaha ikan hiasan di Semenanjung Malaysia. Selain daripada itu, ikan Gastromyzon spp. atau ‘Borneo sucker’ juga sering diangkut keluar dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia termasuk ke Negara Singapura kerana adanya permintaan dari pihak pembeli.


Kemaskini pada 2018-05-04 11:42:34 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page