Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
BAHASA MALAYSIA | ENGLISH

Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Laut Sarawak

Sektor Pengembangan

Industri perikanan tangkapan secara umumnya masih di peringkat skala kecil dan sederhana serta penggunaan peralatan yang  masih terhad dari segi teknologi dan mekanisasi. Nelayan tradisional dalam industri perikanan perlu didedahkan kepada teknologi terkini mengikut perkembangan semasa. Dengan itu, bantuan dan sokongan juga wajar dipanjangkan kepada komuniti perikanan.

 

Bagi menggalakkan komuniti perikanan menggunakan peralatan tersebut, skim bantuan dan pinjaman peralatan melalui Projek Percubaan dan Demonstrasi, akan dapat memberi peluang yang luas kepada komuniti perikanan yang lain  untuk mendapatkan perolehan peralatan tersebut dan seterusnya diaplikasi dalam aktiviti harian. Selain meningkatkan produktiviti pengeluaran sumber perikanan, pengetahuan tentang keberkesanan alat akan dapat dikembangkan kepada kumpulan masyarakat di sekitar. Atau dalam erti kata lain ialah konsep pemindahan teknologi (transfer of technology, TOT) akan dapat dicapai. Antara peralatan yang masih perlu diperkembangkan penggunaannya kepada nelayan adalah seperti peralatan pelayaran elektronik seperti Global Positioning System (GPS) dan perlatan atas dek seperti alat mini penghela pukat untuk vesel sampan (Mini Net Hauler).

 

Jabatan juga berperanan di dalam melahirkan usahawan perikanan terutamanya berkaitan dengan perkhidmatan teknikal seperti pembaikian enjin dan pembuatan bot gentian kaca yang juga berperanan penting untuk faedah komuniti nelayan.

Di samping itu, kerajaan juga maklum akan faktor geografi dan masalah pengangkutan di Sarawak yang membataskan aktiviti nelayan. Ini termasuklah masalah nelayan yang terpaksa melalui perjalanan jauh untuk pembaikian peralatan dan enjin. Dengan adanya bantuan kerajaan seperti pembinaan premis pembaikian enjin dan perolehan peralatan misalnya, secara tidak langsung dapat membantu pertumbuhan ekonomi setempat dan memberi manfaat kepada golongan nelayan berdekatan. 

 

Manakala bagi aktiviti lepas tuai (post harvest) pula, kaedah pengendalian dan penyimpanan ikan yang betul amat penting bagi memastikan keselamatan dan kualiti ikan untuk dimakan atau ikan yang akan diproses. Di samping itu, kaedah pengendalian yang betul juga akan mengurangkan kerosakan ikan dan seterusnya mengelakkan kerugian dan pembaziran Oleh itu, kesedaran peri pentingnya kebersihan perlu diterapkan kepada nelayan, komuniti nelayan dan rangkaian pemasaran yang terlibat. Ini melibatkan kebersihan dan sistem pengendalian di atas vesel, jeti, pasar borong, pasar runcit, pasaraya dan kaedah pengangkutan yang terlibat. Jabatan mengambil kira akan kekurangan fasiliti yang pengendalaian ikan yang dihadapi oleh komuniti perikanan di perkampungan nelayan yang jauh daripada bandar. Antara kaedah terbaik adalah dengan mewujdkan bantuan peralatan pengendalian ikan. Antaranya adalah seperti mini ice maker, cold room, peti insulasi, freezer,chiller dan beberpa bantuan kecil seperti tray dan bakul ikan.


Kemaskini pada 2018-05-04 11:43:39 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page