Perutusan Pengarah
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Syukur kepada tuhan dapat kita bertemu di dalam laman Jabatan Perikanan laut Sarawak ini. Dengan terpaparnya laman web ini menandakan jabatan ini telah mengorak langkah untuk mendekati para pelanggan dalam menyedia dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan berkesan.
Adalah menjadi hasrat agar laman web ini akan dapat memberikan maklumat bermanfaat yang diperlukan oleh pelanggan. Sehubungan itu, JPLS telah mengambil initiatif untuk memperbaiki sistem penyampaian jabatan untuk memberi kepuasaan kepada orang ramai dengan mewujubkan laman web ini, dan juga dengan bantuan daripada ibu pejabat putrajaya, pelbagai aplikasi elektronic juga telah digunapakai contohnya Sistem Rangkaian Informasi Perikanan (SIRIP) dan elektronik Sistem Maklumat Pengurusan Perikanan selaras dengan kemajuan ICT dan era globalisasi ini.
Akhirnya, adalah menjadi harapan saya agar laman Jabatan Perikanan laut Sarawak ini menjadi laman berinformasi dan berguna kepada semua.
diucapkan terima kasih kerana sudi mengunjungi dan memanfaatkan laman web ini. Sebarang cadangan atau komen yang dapat memperbaiki laman web ini adalah dialu – alukan.
Sekian dan terima kasih.
BOHARI BIN HAJI LENG
PENGARAH JABATAN PERIKANAN LAUT,
SARAWAK
Kemaskini pada 2019-04-15 16:05:09 daripada Admin Sarawak 2